Rabu, 20 Agustus 2014

Free Download Tutorial CMS Wordpress Full

Tutorial CMS Wordpress

Assalamau'alaikum Sahabat Blogger, udah lama saya tidak posting , dan Alhamdulillah kali ini saya bisa posting kembali, dan pada postingan kali ini saya akan berbagi Tutorial CMS Wodpress Lengkap,
apa itu wordpressPersoalan apakah itu wordpress bagi mereka yang ingin menceburi dunia blogging tidak asing lagi. Ramai yang mengatakan blogging dengan WordPress seronok, berbaloi, senang dan segala yang positif. Namun apakah kita tahu apa itu WordPress? Persoalan yang sama aku lalui ketika cuba nak blogging guna WordPress dan ringkasnya aku kongsikan disini.
Sebelum pergi lebih jauh tentang apa itu WordPress elok jika anda baca dulu entri Apakah Itu Domain & Hosting dan Komponen Asas Di Dalam Hosting. Sudah faham tentang hosting barulah kita cerita tentang WordPress. Nak bina satu blog memerlukan Content Management System ( CMS ) yang boleh diibaratkan sebagai Software untuk kita bangunkan blog atau website. Software ini akan di-install ke dalam hosting yang diibaratkan sebagai hard disk. Analogi mudah ialah WordPress = Windows 7 dan Hosting = Hard Disk komputer. Joomla juga merupakan salah satu CMS yang popular dan boleh dibangunkan untuk membuat blog tetapi ia lebih tertumpu kepada pembangunan website manakala WordPress lebih mudah digunakan untuk membangunkan blog kerana sistem pengurusan yang mudah difahami.
WordPress terbahagi dua. WordPress.Com dan WordPress.Org. WordPress.Com ialah satu platform blog percuma seperti blogger.com. Fungsi di WordPress.Com sangat terhad dimana tidak boleh letak plugin atau widget, theme yang terhad dan hanya mempunyai fungsi asas untuk buat entri baru dan sebagainya. Jujurnya aku rasa Blogger.com lagi seronok berbanding WordPress.com. WordPress.Org ialah direktori kita dapatkan software WordPress seperti yang dinyatakan tadi, tempat untuk muaturun theme blog,plugins dan forum untuk bincangkan masalah. Fail WordPress.Org mesti digunakan bersama-sama dengan domain dan hosting.
wordpress for allOkey,selesai dengan definisi WordPress harap boleh faham. Nak lagi ringkas WordPress tempat kita uruskan blog sebagaimana blogspot. Nak update entri,letak gambar,letak theme,widget atau plugin dan sebagainya di dalam WordPress. Jadi, apa pula kelebihan WordPress ?. Berdasarkan pemerhatian dan hipotesis awal berikut adalah kelebihan blogging menggunakan WordPress :
1. Pengurusan Admin Panel Lebih Teratur dan Efektif
Admin panel WordPress mempunyai pelbagai fungsi dan setting seperti teknikal setting,plugins,theme,comment,media iaitu gambar,lagu atau video,kategori,menus serta pengurusan posts. Setiap satu diasingkan mengikut bahagiannya dan pengurusan lebih teratur serta efisyen. Pilihan ( option ) didalam setting setiap bahagian itu juga lebih terperinci,privasi dan pengawalan sepenuhnya oleh tuan blog sendiri.
2. Theme Cantik,Loading Pantas dan Mudah Diedit
Theme WordPress dibangunkan dengan skrip CSS dan PHP berbanding HTML di Blogger. Aku tak arif tentang berbezaan programming language ini tetapi yang aku perasan penggunaan CSS dan PHP memberikan lebih kepantasan serta paparan lebih menarik berbanding HTML.
Nak edit theme WordPress lebih mudah kerana setiap satu fail seperti header,footer,comment,funtion diasingkan dalam fail berlainan berbeza pula dengan Blogger yang mana semua code dalam satu fail. Nak cari code kat Blogger pening tapi seronok main edit-edit di Blogger. Fail CSS di WordPress membolehkan kita menukar warna,bentuk dan kelebaran theme tetapi nak edit theme ni perlulahh mengikut tutorial yang dipercayai dan berhati-hati sebab kalau tak menjadi rosak theme blog malah sampai satu tahap blog tak boleh dibuka. Jika jadi macam tu jangan kalut-kalut,cari balik fail asal theme tersebut dan paste kembali di dalam blog menggunakan File Transfer Protocol ( FTP ).
3. Mesra Search Engine Optimization ( SEO )
WordPress mempunyai bahagian plugins iaitu pemasangan alat tambahan bagi modifikasi fail WordPress ataupun secara bahasa tak rasminya plugin ialah widget. Dengan menggunakan WordPress sebagai platform kita boleh optimumkan tahap SEO blog secara teknikalnya dengan menggunakan theme mesra SEO serta plugin SEO optimization seperti All In One SEO Pack, Platinum SEO atau WordPress SEO Yoast. Penggunaan plugin dan theme sebegini membantu dan memudahkan blog dicari melalui search engine. Lagi yang aku perasan blog menggunakan WordPress ditambah dengan setting teknikal SEO membuatkan Alexa Rank dan Pagerank meningkat dengan cepat. Secara pandangan kasar saja.
4. Kelebihan dan Ruangan Komen Menarik
Kelebihan ruangan komen di WordPress membolehkan kita tahu email dan alamat IP orang yang memberikan komen. Boleh setting di bahagian discussion. Selain itu sudah tersedia threaded comment yang mana boleh balas ( reply ) komen yang sedia ada tanpa perlu memasang atau mengubahsuai kod. Tak silap threaded comment ni wujud selepas WordPress 3.0 dilancarkan tahun lepas. Kita juga boleh menguatkan bahagian security untuk mengelak spam comment dengan menggunakan Akismet atau GASP namun boleh terjadi 100 spam comment masuk dalam sehari berpunca dari masalah plugin. Oh ya,boleh tambah smiley yang comel-comel untuk menceriakan ruang komen. Dulu ada aku letak tapi dah buang,nak kurangkan penggunaan plugin.
5. Komuniti WordPress Sedia Membantu
Bahagian paling menarik bila blogging dengan WordPress. Komuniti WordPress sangat senang dirujuk jika ada masalah dan sedia membantu bagi mereka yang baru-baru dalam menggunakan WordPress. Ini bukan bermaksud ada bias terhadap pengguna blogspot atau wordpress, cara blogging seperti menghasilkan entri dan sebagainya kedua-dua komuniti ini membantu cuma komuniti WordPress lebih membantu dari sudut teknikal kerana segalanya perlu dilakukan dengan sendiri. Bayangkan sebelum ni tak pernah tahu pasal hosting dan apa-apa sekali kena setting sendiri tak gelabah plak kan. Namun tak semua soalan perlu dijawab. Ikut kesempatan mereka juga dan kena bijak bertanya serta cuba cari jawapan sendiri. Jangan terlalu mengharap jawapan saja,nanti orang marah. Komuniti yang membantu ini dinamakan persahabatan dalam blogging.
Setakat ini dulu perkongsian mengenai apakah itu WordPress serta kelebihannya. Banyak lagi kelebihan menggunakan WordPress yang mana kalau cuba sendiri baru kita tahu. Mungkin kurang lengkap namun diharap menjawab serba sedikit persoalan di group Facebook tentang apa itu WordPress. Sekali korang cuba menggunakan WordPress mesti terasa seronoknya. Jika berminat menggunakan hosting dan domain dari Seal Server Network seperti blog ini boleh rujuk pakej dan layari link http://www.sealserver.net/aff.php?aff=061
.langsung aja download e-booknya dibawah ini !


Download 5.9 MB

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 komentar:

Posting Komentar